“Jangan Nanti Bising-Bising Kat IG, Allah Buka Aib Kau…”, Izreen Azminda Dan Suami Hilang Sabar Dengan Siapa?

Sponsored

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa tak puas hati terhadap seseorang menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story. Malah suami kepada pelakon wanita itu juga, Ude Wahid turut sama dilihat berkongsikan hantaran yang sama.

Tinjauan di akaun Instagram lelaki itu mendapati Ude seolah-olah menujukan hantaran itu terhadap seseorang. Di dalam perkongsian itu, Ude meluahkan rasa kesal terhadap seseorang yang suka membuka aib di media sosial namun enggan bersemuka untuk menyelesaikan masalah.

Sponsored

“Ajak settle depan-depan tak nak. Wassap tak balas. Tau-tau up kat IG. Memang suka expose masalah ke macam mana. Sudah-sudahlah. Jangan nanti dok bising-bising dekat Instagram tiba-tiba Allah buka aib kau baru time tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi.”

Sudah lama hilang sabar

Bukan hanya Ude, malah Izreen Azminda juga turut sama meluahkan rasa kesal apabila individu berkenaan hanya berani di media sosial sahaja dan enggan berjumpa untuk berbincang. Dalam masa yang sama, individu itu juga dikatakan seakan tidak menghormati suami barunya sendiri kerana sering memuat naik gambar bekas suaminya.

Sponsored

Sedangkan bekas suami individu itu juga sudah pun mempunyai keluarganya sendiri. Kata pelakon itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu membuka aib sesiapa di media sosial tetapi terpaksa melakukannya kerana sudah hilang sabar melayan kerenah individu terbabit.

“Kau tu elok-elok orang dah pandang terpaling mulia, jangan melebih sangat kat belakang-belakang ye. Sabar aku pun ada had. Laki kau tau tak apa yang kau dah buat kat belakang…”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Izreen turut meminta individu berkenaan untuk membawa suami barunya sekali untuk bersemuka dan duduk berbincang. Perkongsian dari Izreen dan Ude ini turut menimbulkan pelbagai persoalan tentang siapakah individu yang dimaksudkan mereka ini.

Sekadar info, pelakon wanita itu telah berkahwin dengan Ude Wahid pada Ogos 2017 dan mencetuskan kontroversi apabila Izreen dikatakan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Ude. Pada tahun 2018, Ude kemudiannya berpisah dengan bekas isterinya, Intan Saleh.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram