Studio Sembang yang dihoskan oleh pelakon Amelia Henderson sering menampilkan tetamu jemputan yang tidak dapat dijangkakan. Di dalam episod terbarunya ini, Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar telah dijemput sebagai tetamu undangan.
Klip dari video tersebut juga telah meraih perhatian ramai di Tik Tok apabila Syed Saddiq mendedahkan dia gemar untuk tidur di dalam panggung wayang. Menurutnya, dia akan membeli tiket filem seorang diri pada tengah malam dan tidur semasa filem ditayangkan.
“Bila balik dari pejabat pukul 11, 12 malam, apa yang saya akan lakukan saya akan beli tiket seorang diri, tengok midnight movie sorang-sorang, tengok movie paling random, masuk dan tidur dalam cinema.”
Tambahnya lagi, bunyi yang ada di dalam panggung wayang berbeza dari menonton filem di rumah menyebabkan dia senang lena untuk tidur. Malah dia masih lagi melakukan tabiat pelik ini sehingga sekarang di mana dia akan memakai ‘hoodie’ dan masuk ke panggung wayang namun pernah juga kantoi beberapa kali dengan pekerja di situ.
“Saya tak tahu kenapa tapi rasanya white noise, dia tak sama bila tidur dalam panggung wayang dengan tidur bila tengok Netflix tau, very different. Benda ni adalah perkara yang saya masih buat sampai sekarang tapi diam-diamlah pakai hoodie, pakai eye mask dan pernah kantoi tapi mereka memahami.”
Netizen terhibur
Pendedahan dari Ahli Parlimen Muar ini turut membuatkan ramai ‘geli hati’ mendengar perkongsiannya ini. Meninjau di ruangan komen, ada juga netizen yang memahami nikmat tidur di dalam panggung wayang dan pernah melakukan perkara yang sama seperti Syed Saddiq ini.
“Mungkin YB boleh ajak saya. Saya pun suka tidur je dalam wayang.”
“Tak sangka ada geng pergi wayang semata-mata nak tidur.”
“Bagi aku tak pelik sebab aku pernah dengan member pergi wayang semata nak tidur, baru lepas kelas masa tu.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.