Tular Video Lama Adam Corrie Jadi Penari Latar Buat Ramai Tak Percaya, “Dragon Itu Kamu?”

Sponsored

Pelakon yang cukup terkenal menerusi lakonannya sebagai watak Dragon dalam filem KL Gangster ini iaitu Adam Corrie Lee baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Biarpun sudah lama dalam industri hiburan namun generasi kini masih ada yang belum tahu latarbelakang dan profesionnya sebelum ini.

Ini kerana terbaharu, satu video lama Adam Corrie jadi penari latar di pentas Anugerah Juara Lagu 1992 tular dan ada yang bertanya adakah selebriti ini dalam rakaman tersebut.

Sponsored

Disebabkan itu Adam Corrie memuat naik satu video dan mengaku individu dalam rakaman tersebut sememangnya dia. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok milik Adam Corrie itu sendiri:

@adamcorrie_

Ya laaa.. kita ada macam-macam bakat. Pernah menang pertandingan menari di peringkat antarabangsa tau. #adamcorrie #dragonkldragon #dancer #cinaMuslim #malaysianartist #fyp #choreographer

♬ original sound – Adam Corrie – Adam Corrie
Dalam video tersebut, Adam Corrie yang menggelarkan dirinya ‘Dragon’ itu mengakui penari dalam rakaman berkenaan adalah dia sendiri. Ini adalah bagi menjawab pertanyaan, “Dragon adakah itu kamu?”. Katanya dia masa itu sememangnya seorang penari dan guru tari.

Malah dia turut memberitahu persembahan dalam rakaman tersebut adalah bagi mengiringi nyanyian Ziana Zain untuk lagu Madah Berhelah pada tahun 1992.

“Madah Berhelah 1992, Ziana Zain. Ya saya sebagai back up dancers. Masa tu ya saya sebagai penari dan guru tari, koreografer dan Dragon pun boleh menari tau. Kita boleh cuba macam2 tau. Jangan ingat Dragon tak boleh menari”

Perkongsian rakaman Adam Corrie jadi penari latar ini membuatkan ramai teruja menyaksikannya. Malah ada yang tidak percaya akan bakat dimiliki oleh pelakon hebat tersebut. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

Sponsored

“Caya la Dragon masa muda bukan kaleng2 tau”

“Hebat abang Dragon. Taiko lain tak boleh buat. Taiko lain menari dalam clubing. Dragon atas pentas”

Sponsored

“Ni kalau Jai dengan Ajib nampak…”

“Ganaz la Dragon..Menari pun boley..Mantap”