Pernah digelar kembar Jisoo, Mira Filzah hadir konsert Blackpink jadi bualan ramai

Sponsored

Baru-baru ini telah berlangsungnya konsert kumpulan Korea popular, Blackpink dengan dihadiri ribuan penonton yang turut termasuk selebriti Malaysia turut hadir. Konsert jelajah Born Pink itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Peminat Blackpink juga dilihat hadir dengan penuh meriah dan suasana ketika empat penyanyi, Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo membuat persembahan, kebanyakannya juga berpuas hati menghadiri konsert mereka pada kali ini.

Sponsored

Kehadiran Mira Filzah jadi tumpuan ramai

Menerusi ruangan Instagram juga, pelakon popular Mira Filzah turur berkongsikan momen dia hadir di konsert Blackpink bersama adiknya, mengikuti tema warna hitam dan pink kecantikannya juga menjadi perbualan ramai.

Sponsored

Perkongsian sekeping foto daripada Mira Filzah yang hadir ke konsert Blackpink itu dengan pantas mencuri tumpuan jutaan pengikut di Instagram apabila dia ditinggalkan lebih 260,000 tanda suka berserta ratusan komen.

Pun begitu, lebih mengundang rasa teruja juga disebabkan Mira Filzah diketahui peminat dan pengikutnya bahawa dia juga salah seorang peminat kumpulan dari Korea itu dan sering dia digelar sebagai kembar Jisoo. Jadi ramai yang sudah dapat agak selebriti ini tentu mengambil peluang itu untuk menonton konsert Blackpink.

Sponsored

“Kembar Jisoo mesti pergi”

“Jisoo pergi tengok Jisoo ke”

“Aku dah agak dah, Mira Filzah mesti datang konsert Blackpink, untung laa duduk depan, bestnya”

“Wehuuu Jisoo Malaysia”