Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial apabila tularnya berita mengenai Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri yang didakwa ditumbuk oleh pelakon, Hafidz Roshdi. Kejadian yang berlaku itu turut mengejutkan ramai pihak yang cuba mendapatkan perkembangan wanita terbabit.
Walau bagaimanapun terbaharu, Nurul Shuhada begitu mendapat perhatian orang ramai selepas dia muncul di rancangan Melodi. Video dia ditemu bual juga mendapat sorotan ramai dan tular di media sosial.
Nurul Shuhada tampil jadi tumpuan ramai
Ini kerana tidak hanya melihat kecederaan dialami di wajah Nurul Shuhada sahaja mengundang rasa terkejut ramai malah kata-katanya ketika di temubual oleh pihak Melodi dalam pada masa sama membuatkan ramai berang dengan tindakan Hafidz Roshdi.
Dalam pada itu, mendengarkan Shuhada menyifatkan kesakitannya pada wajah itu lebih perit dialami berbanding jahitan bersalin membuatkan juga warganet terkesan dengan kata-katanya itu yang pasti wanita terbabit mengalami sakit yang tidak terluah.
“Dia tumbuk guna apa, sampai pipi boleh koyak. Gila la buat pengarah…”
“I doakan supaya wanita diluar sana akan sentiasa bahagia bersama dalam susah dan senang”
“Kesiannya Shu. Apa pun salah shu, perempuan tak harus diipukul sebegitu sekali….”
“Jahit kat sini lagi sakit dari jahit beranak, sangat deep ayat Shu. Sakit dalam hati yang tak boleh nak luah dan terangkan macam mana…”