Pernah Popular Dengan Drama Sutun, Pelakon Utama Kini Bergelar Cikgu Sekolah, “Dia Memang Minat Pink…”

Sponsored

Satu ketika dahulu, drama Sutun pernah menerima sambutan yang begitu hangat dari kalangan penonton di Malaysia. Malah ramai yang masih teringat pada watak utama drama tersebut iaitu seorang lelaki lembut yang cukup menggemari warna merah jambu.

Baru-baru ini, tular di platform Tik Tok video memaparkan pelakon utama drama tersebut iaitu Ku Yusri Ku Rahman yang kini bergelar seorang cikgu sekolah. Di dalam video yang dimuat naik itu, pemilik video yang merupakan rakan sekerjanya menunjukkan gelagat Ku Yusri di dalam bilik guru.

Sponsored

Lebih menarik perhatian lagi, meja guru yang digunakan oleh pelakon itu juga dilihat berhias cantik dengan bertemakan warna merah jambu. Menurut pemilik video, pelakon yang membawakan watak Sutun ini memang meminati warna merah jambu di dunia realiti sama seperti watak di dalam drama tersebut.

Perkongsian video itu kini telah menerima lebih dari sejuta tontonan setakat ini malah pemilik video turut memuat naik beberapa video lain. Menurutnya, Ku Yusri merupakan penyeri di dalam bilik guru tersebut dan ramai yang cukup senang dengan personalitinya itu.

Sponsored
@ciklebah7

Replying to @Kaseh Fatihah Ada iras tak yg ni? 🫣 #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Bersama Di Hari Raya – Cenderawasih

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkedu melihat perkembangan terkini watak Sutun yang telah berjaya bergelar seorang pendidik. Malah ramai juga yang terkejut dengan penampilan pelakon itu yang kini berkumis dan nampak lebih macho berbanding dahulu.

“Wah dah jadi cikgu lah, tak sia sia kazar didik jadi orang.”

Sponsored

“Satu KPM kenal kau dik.”

“Dia memang suka pink ye. Meja siap warna pink gak.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok