Join SRL netizen terhibur ketawa tak ‘cover’, Afifah Nasir akui rindu Shuib & tak boleh tengok muka Jep

Sponsored

Kalau sebut rancangan Sepahtu Reunion Live tentu ramai yang tidak terlepas daripada mengikuti setiap episod yang memaparkan kumpulan Sepahtu seperti Jep, Rahim, Shuib dan Pak Ya apabila bergabung membuat penonton terhibur secara spontan.

Rancangan tersebut juga dimeriahkan dengan tetamu jemputan yang mana ternyata dua pelakon iaitu Ramona Zam Zam dan Afifah Nasir antara yang begitu mendapat perhatian peminat Sepahtu Reunion Live disebabkan rata-ratanya tidak menyangka dengan perangai sempoi kedua-dua pelakon jelita tersebut. Manakan tidak, ketawa mereka ketika terhibur dengan ahli kumpulan tersebut membuatkan penonton menyukai mereka kerana tidak cover.

Sponsored

Gelak tak cover undang ramai suka

Namun begitu, menerusi temubual mStar terhadap Afifah Nasir membuatkan dia sekali lagi menjadi tumpuan. Dikesempatan tersebut, Afifah Nasir berkongsikan tentang Sepahtu Reunion Live. Kata Afifah dia memang suka menyertai rancangan tersebut dan mengatakan mereka sangat kelakar.

Sponsored

“I memang suka masuk Sepahtu, diorang memang fun, sangat kelakar. Abang Jep memang always happening… tak leh tengok muka dia, tengok muka Jep je memang nak gelak.” Katanya yang turut memuji ahli lain yang juga kelakar.

“Rindu dekat Shuib jugak sebab Shuib pun dah takde dalam Sepahtu kan… bila dia dah takda kita akan rasa kehilangan tu,” katanya lagi yang meskipun hanya artis undangan namun setiap musim ada Shuib turut terasa ketiadaannya.

Sponsored

Komen netizen

SumbermStar