Pernah tular dikatakan ‘kembar’ wanita iras Neelofa, Fazura & Erra jadi tumpuan ramai

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan tiga nama selebriti popular ini, Neelofa, Fazura dan Erra Fazira. Masing-masing mempunyai peminat tersendiri apabila kejayaan ketiga-tiga selebriti berkenaan juga turut dikagumi dan sikap mereka juga disenangi ramai.

Walau bagaimanapun, tentu ramai yang pernah melihat ketiga-tiga selebriti berkenaan pernah menjadi perhatian ramai disebabkan peminat ada menjumpai ‘kembar’ mereka apabila tiga wanita ini dikatakan sangat iras dengan Neelofa, Fazura dan Erra Fazira.

Sponsored

Perkongsian oleh seorang wanita yang pernah tular mendapat perhatian ramai iaitu Ellya Farahanny Ridzuan bagaimanapun terbaharu membuatkan peminat ketiga-tiga selebriti berkenaan begitu tertarik apabila dia juga berkongsikan rakaman video ketika berada di set rancangan MeleTOP yang mana dalam video tersebut juga kelihatan pengacara, Hawa Rizwana dan Nabil Ahmad.

Meskipun seperti diketahui, Hawa Rizwana sering dikatakan iras seperti Neelofa manakala seorang wanita yang dikenali sebagai Mek Dinda pula dikatakan salin tak tumpah seperti Erra Fazira. Melihatkan ketiga-tiganya dalam satu video menyebabkan ramai meninggalkan pelbagai komen.

Sponsored

Video dikongsikan jadi perhatian ramai

Pertemuan mereka bertiga membuatkan ada yang tidak menyangka dan video tersebut juga mendapat perhatian dengan ditinggalkan ribuan tanda suka.

Sponsored

Lah tak berkelip mata tengok Erra kat belakang. rupanya bukan Erra, sebijik sungguh’

Neelofa

‘Lawa gila! Memang sebijik muka…’

‘Sorang erra, sorang lofa, sorang fazura’