Baru berusia empat tahun, namun anak sulung Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini sering kali mencuri perhatian ramai. Anak penyanyi nombor satu negara, Aafiyah ini sememangnya comel dan ada karakter tersendiri.
Terbaharu satu video dengan paparan Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti sedang bersenam ini telah mencuri perhatian ramai. Rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram peribadi Tok Ti ini membuatkan ramai terhibur.
Video asal rakam Tok Ti tengah Muay Thai
Manakan tidak, pada awalnya hanya terlihat Tok Ti sedang melakukan Muay Thai bersama jurulatihnya. Namun tak lama kemudian anaknya, Aafiyah datang mendekati kamera yang merakam. Siap bawa gincu dan memakainya di depan kamera tersebut!
Berikut adalah gelagat Aafiyah buat ‘iklan’ depan kamera yang merakamkan ibunya yang sedang bersenam itu:
Aafiyah buat kemunculan khas
Sempat lahai si cilik buat kemunculan khas dalam rakaman tersebut dengan muka selambanya itu. Apa yang penting gincu merah menyala tak nak kalah tau!
Perkongsian rakaman gelagat Aafiyah buat ‘iklan’ depan kamera Tok Ti ini telah membuatkan ramai terhibur. Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:
“Hahaha comey je dia mai tunjuk bibir merah”
“Hahaha Aafiyah buat iklan jap”
“Tengah layan muay thai terkejut tetiba Aafiyah coih depan screen”
“Hahaha lucu banget Aafiyah”