“Persis Bidadari”, Peminat ‘Sejuk Hati’ Tengok Syafinaz Selamat Pakai Tudung

Sponsored

Penyanyi dan guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat baru-baru ini mencuri perhatian ramai dengan tampil berhijab dalam satu muat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Datuk Syafinaz atau lebih mesra dengan panggilan Tok Naz dilihat cukup manis sekali dengan penampilannya itu.

Sponsored

Untuk info, Datuk Syafinaz Selamat antara selebriti dan juri yang dihormati ramai. Ilmunya dalam bidang vokal meletakkan diri Syafinaz Selamat berada di satu tahap cukup membanggakan.

Berikut adalah muat naik video dengan paparan Syafinaz Selamat pakai tudung yang dikongsikan memerusi akaun Instagram peribadinya itu sendiri:

Sponsored

Alahai manis sungguh nampaknya guru vokal ini bila berhijab! Bukan sahaja nampak cantik, malah ramai juga yang memuji Syafinaz nampak muda bila berhijab.

Difahamkan penyanyi bersuara lunak ini tampil dalam video berkenaan untuk mempromosikan sebuah acara sempena sambutan Israk Mikraj yang akan diadakan pada hari ini dan esok.

“Jom!! Karnival Israk Mikraj 17 dan 18 Februari 2023. Bersebelahan Masjid Negeri, Seremban,” Tulis Datuk Syafinaz di ruangan kapsyen di Instagram miliknya itu.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang ‘sejuk hati’ melihat Syafinaz Selamat pakai tudung dalam perkongsian video tersebut. Berikut antaranya:

“Nah! Terus nampak macam 20an. Terkejut tengok kat fb…Cantik”


”Bidadari dari mana ni”

”Orang Johor memang semulajadi cantik”

“Cantiknya tapi I lagi suka muka you masam. Comel”