Terdahulu, Ahli Parlimen Kapar iaitu Dr Halimah Ali mengundang kontroversi apabila mendakwa Menu Rahmah boleh mengundang risiko kanser. Beliau berkata demikian semasa berucap membahaskan isu di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Malah Ahli Parlimen itu juga mendakwa Menu Rahmah yang ditawarkan untuk golongan kurang berkemampuan itu adalah berkualiti rendah. Menurutnya, makanan berharga rendah adalah tidak patut kerana ianya menyebabkan golongan kurang berkemampuan menerima makanan yang bermutu rendah.
“Saya tidak ada masalah dengan istilah Rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang kualiti rendah dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, penyakit autoimune, autisme dan sebagainya.”
Mydin beri respon
Walau bagaimanapun, pandangan dari beliau ini tidak menerima reaksi baik dari orang ramai yang menepis dakwaan makanan Menu Rahmah adalah berkualiti rendah. Susulan isu yang hangat diperkatakan ini, MYDIN yang turut menawarkan Menu Rahmah tampil memuat naik satu perkongsian di Twitter.
Di dalam perkongsian itu, MYDIN berkongsikan gambar poster salah satu makanan yang ditawarkan di dalam Menu Rahmah di mana ia mempunyai gizi seimbang dan lengkap dengan nutrisi yang diperlukan badan.
Komen netizen
Respon dari pihak MYDIN berhubung isu itu turut menerima komen positif netizen yang memuji reaksi pantas mereka menjelaskan kepada orang ramai. Malah netizen turut meminta Ahli Parlimen tersebut untuk memberikan data saintifik bagi menyokong hujahnya mengenai dakwaan ia boleh menyebabkan kanser dan penyakit lain.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.