Peserta ATNM Dikecam Dan Dikatakan Biadap, Ada Yang Dakwa Kerja Stesen TV Untuk Trending?

Sponsored

Salah seorang peserta rancangan realiti TV berjudul All Together Now Musim kedua (ATNM) telah menjadi perhatian ramai selepas rakamannya ketika bersiaran tersebut tular di sosial media. Peserta perempuan ini ditegur oleh beberapa juri mengenai perangai dan caranya menjawab bila ditanya.

Peserta perempuan itu juga dikatakan agak biadap apabila memberikan jawapan kepada soalan dari juri dengan bahasa tubuh kurang menyenangkan. Difahamkan peserta perempuan yang juga remaja berusia 16 tahun ini juga ada memuat naik sesuatu dengan membuka mulut mengenai perkara yang menjadi buah mulut ramai tersebut.

Sponsored

Biarpun begitu, perkongsian luahan gadis tersebut telah dimuat naik semula menerusi satu akaun TikTok menyebabkan ramai yang meninggalkan pendapat mereka mengenai perihal ini.

Berikut adalah perkongsian semula kenyataan dari peserta ATNM dikecam dan dikatakan biadap dari rancangan yang disiarkan di Astro ini:

Sponsored

Dalam perkongsian itu, tersiar pendapat seorang pengguna yang menjelaskan mungkin faktor usia yang terlalu muda membuatkan gadis ini masih belum belajar cara bercakap di tempat awam.

“Dia kena belajar communication. Dia budak dan mungkin tak berapa pandai nak communicate. Learn how to speak in public. Maybe one day akan jadi terkenal dia akan jawab”

Sponsored

Di ruangan komen pula, ada netizen yang berpendapat isu yang tular ini adalah salah satu taktik syarikat penyiaran untuk membuatkan rancangan hiburan ini trending.

@catrionarossofficial

pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti. . No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. 2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati. 3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. 4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu. . #AllTogetherNowMalaysiaS2

♬ original sound – CatrionaRossOfficial – CatrionaRossOfficial

Malah ada juga yang meninggalkan kata-kata positif memberikan sokongan kepada peserta ATNM dikecam dan dikatakan biadap ini. Berikut antara pendapat ramai:

“Astro punya marketing nak orang tengok rancangan tu la kot. Astro ni memang kadang2 yang tidak tidak je”

xx

“Haritu budak rude kat mentor pun macam tu jugak…Dengan Dato Syafinaz jugak kan”

“Dah agak dah. Astro nak program ni trending, diorang jadikan peserta mangsa”