Black Hanifah Tak Sangka Peminat ‘Boyish’ Rupanya Perempuan, Minta Maaf Sebab Terpeluk

Sponsored

Hujung minggu lalu, stesen radio Era FM telah berkunjung ke Ipoh, Perak untuk program ‘Era Syok Vaganza’ di mana pelbagai persembahan menarik dipersembahkan untuk pengunjung. Antara selebriti yang turut melakukan persembahan ialah penyanyi Black Hanifah.

Di sebalik kemeriahan tersebut, tular pula video Black bersama seorang penonton bertuah yang dijemput naik ke atas pentas. Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Era FM, kelihatan Black sedang beramah mesra dengan pengunjung yang berada di bawah.

Sponsored

Black kemudian menjemput seorang peminat bertuah untuk sama-sama melakukan persembahan di atas pentas. Oleh kerana gaya pemakaian peminat tersebut, ramai yang menyangka individu itu merupakan seorang lelaki termasuklah Black sendiri.

Namun sebaik sahaja ditanyakan namanya, rupa-rupanya peminat tersebut adalah seorang perempuan sekaligus membuatkan ramai terkejut. Malah Black turut meminta maaf kerana tidak menyangka peminat tersebut adalah perempuan dan sempat memeluk bahunya semasa naik ke pentas.

Sponsored

“Ingat lelaki, sekali perempuan. Maafkan abang, dik.”

Perkongsian video itu turut mencuri tumpuan ramai di mana rata-rata netizen turut sama terkejut individu berkenaan adalah wanita. Dalam masa yang sama, ramai yang berseloroh individu tersebut kelihatan sama seperti Naim Daniel menyebabkan ramai yang menyangkanya adalah lelaki.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut terhibur melihat reaksi Black sebaik sahaja mengetahui individu itu adalah seorang wanita. Malah ada juga yang memuji reaksi ‘sporting’ wanita itu dan kelihatan tidak kisah dengan salah faham yang berlaku.

“Muka macam Naim Daniel.”

“Mula-mula nampak macam boy, bila dia senyum terus nampak girl.”

“Member dah seronok peluk tadi rupanya perempuan.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.