“Payah nak jumpa”- Isteri Shukri Yahaya ‘founder’ tudung dipuji terlalu humble tegur pelanggan

Sponsored

Isteri kepada pelakon terkenal, Shukri Yahaya yang dikenali sebagai Tya Adnan menjadi sorotan ramai di media sosial apabila satu rakaman video dikongsikannya membuatkan ramai memberikan pujian dengan sikap ibu kepada dua orang anak ini.

Wanita pilihan hati Shukri Yahaya ini selain dikenali sebagai personaliti media sosial, dia juga merupakan seorang usahawan yang memiliki jenama tudung sendiri, SiGadisTya yang mana produk keluarannya itu semakin mendapat perhatian pembeli dikalangan wanita.

Sponsored

Tya Adnan founder tudung semakin jadi tumpuan ramai

Tya Adnan bagaimanapun di satu ruangan komen menerusi rakaman video pendek ini membuatkan dia menerima pujian warganet apabila dia dikatakan seorang founder tudung yang humble dimana dia sendiri menegur pelanggan yang menggunakan tudung keluarannya itu. Dia turut meluahkan rasa terharu kerana pelanggan yang ditemuinya di sebuah kedai makan itu menggunakan produknya.

Sponsored

Isteri Shukri Yahaya ini juga membuatkan warganet turut memuji sikapnya yang pergi menegur pengguna produknya malah siap merakamkan video kegembiraan tersebut yang dalam pada masa sama mengundang sebak Tya Adnan sendiri.

@tyaadnan

Sayang hampa sangat-sangat. Thank you AWAK ❤️

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Dipuji founder yang humble

Sponsored

Menerusi video dikongsikan Tya Adnan itu, warganet menghujani hantaran tersebut dengan ribuan tanda suka selain meninggalkan komen positif dengan sikapnya itu.

‘Ala nak jumpa jugakkk, humble teruk founder ni. Payah nak jumpa tau’

‘Sweetnya Tya tegur gadis gadis’

Bestnya, founder yang tegur customer’

Tya Adnan
Sumbertyaadnan