Puteri Sarah Dedah Syamsul Minta Diskaun 30 Peratus Untuk Nafkah Anak, “Kami Tak Minta Banyak Pun…”

Sponsored

Keputusan Puteri Sarah untuk tetap meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar menjadi antara punca Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai hari ini. Walau bagaimanapun, Puteri Sarah menegaskan dia akan meneruskan saman tersebut dan tidak akan menarik semula tuduhan itu.

“Saya tidak akan menarik semula tuduhan terhadap keluarga Kazar kerana selama ini itu yang saya perjuangkan.”

Sponsored

Puteri Sarah turut mendedahkan Syamsul tidak bersetuju dengan jumlah nafkah yang ditetapkan untuk anak-anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Malah Syamsul telah meminta pengurangan bayaran nafkah anak sekaligus membuatkan mereka gagal untuk mencapai kata sepakat.

“Lebih mengejutkan lagi, Syamsul meminta diskaun untuk bayaran nafkah anak sedangkan kami tak minta banyak pun.”

Sponsored

Difahamkan, jumlah tuntutan nafkah anak yang ditetapkan adalah hasil perbincangan bersama ibu bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah. Malah mereka juga bersetuju dengan jumlah tersebut yang dianggap berada di dalam kemampuan Syamsul.

“Sebelum itu saya ada berbincang dengan ibu bapa mentua dan mereka juga terkejut dengan jumlah yang saya minta. Saya tidak mahu minta yang lebih-lebih, jadi saya minta apa yang masuk akal sahaja.”

Sponsored

Manakala untuk nafkah mutaah pula, Puteri Sarah memberitahu dia tidak meminta sehingga RM1 juta dan meminta jumlah yang mampu diberikan Syamsul. Dalam masa yang sama, Syamsul yang ditemui pihak media enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai isu pengurangan nafkah yang dimintanya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.