Nabila Razali Terpaksa Bonceng Motosikal Ke Majlis Disebabkan Tersangkut Jalan Sesak, “Ni Tidak Adil!”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelantun suara bagi lagu Peluang Kedua, Nabila Razali ini. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang penyanyi malah berlakon pun boleh menarik perhatian ramai.

Terbaharu pelakon dan penyanyi ini sekali lagi menjadi perhatian warganet kerana satu rakaman yang tular di sosial media. Menerusi satu video yang tular itu baru-baru ini, Nabila Razali membonceng sebuah motosikal kerana tersangkut di kesesakan lalu lintas.

Sponsored

Difahamkan Nabila Razali dalam perjalanan untuk menghadiri ke sebuah majlis, namun disebabkan jalan terlalu sesak membuatkan pelakon dan penyanyi ini perlu menumpang motosikal untuk ke lokasi persembahan.

Lebih mencuri perhatian apabila Nabila Razali bonceng motosikal dengan memakai baju kurung lengkap. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya:

Sponsored

Dalam rakaman tersebut kedengaran Nabila Razali meminta izin untuk memegang beg yang disangkut di bahu lelaki berkenaan dan sempat memesan supaya jangan bawa motosikal laju-laju.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian video tersebut seperti berikut:

Sponsored

“Fuh mesti abang tu tak sangka yang duk belakang dia tu Nabila Razali”

“Abang tu balik rumah mesti senyum sorang2 kan”

“Wehh.. Semalam aku bonceng Nabila Razali! Lepas tu member tak percaya bang! Jangan basuh motor”

“Sampai2 mitec dia terus cerita dengan mengah2 dia tumpang moto random. Cute gila”

SumberTikTok