Puteri Sarah Minta Dilepaskan, Dedah Sehingga Kini Masih Di’Block’ Syamsul Yusof

Sponsored

Nampaknya kemelut rumahtangga pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana menjadi semakin hangat diperkatakan hari ini. Minggu lalu suaminya, Syamsul Yusof mengaku sudah bernikah dengan Ira Kazar menjadikan gadis yang juga anak kepada pelakon senior itu sebagai madu kepada Puteri Sarah.

Pernikahan kali kedua buat pengarah filem Mat Kilau turut meraih perhatian netizen dan temubual bersama bapanya, Yusuf Haslam yang ternyata sebak dengan perlakuan itu membuatkan ramai beremosi.

Sponsored
@ainbedah93

Ending tu byk nasihat dan pesanan yg Datuk Yusof Haslam mention. Datuk seorang suami & ayah yg sangat penyayang dan baik hati 🥺 Semoga segalanya dipermudahkan urusan. #meloditv3 #melodi #puterisarahliyana #syamsulyusof #datukyusofhaslam

♬ original sound – 🌸 Ain Bedah 🌸 – 💎Ain Bedah💎

Terbaharu, Puteri Sarah Liyana memuat naik luahannya yang mana dia meminta suaminya itu melepaskannya atau dalam erti kata lain pelakon wanita tersebut meminta cerai dari Syamsul.

Dalam muat naik tersebut Puteri Sarah memberitahu sehingga sekarang Syamsul masih block dia dan tidak mahu ajak berbincang. Susulan itu Puteri Sarah meminta untuk Syamsul lepaskannya dan akui tidak sanggup hidup bermadu.

Sponsored

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak block saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic. We deserved better.”

Berikut adalah muat naik Puteri Sarah minta dilepaskan yang dikongsikan menerusi Instagram Puteri Sarah:

Sponsored

Disebabkan muat naik Puteri Sarah minta dilepaskan tersebut, ramai yang telah meninggalkan kata-kata sokongan kepada pelakon wanita berkenaan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Takpe Sarah awak seorang yang kuat walaupun ada sesetengah orang kecam awak. Allah tu maha adil..”

“Allah mesti gembira isteri nombor 2 tu kalau Syamsul dan Sarah berpisah. So dia la pemenang Anugerah Penghancur Rumahtangga orang…Waah tahniah Ira Kazar”

“Kuat ya Sarah. May Allah make it easy for you”