Semalam pelakon Puteri Sarah selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah bersama anak-anaknya. Macam yang semua sedia maklum, pelakon itu kini menghadapi kemelut rumah tangga bersama suaminya Syamsul Yusof dan sudah memfailkan tuntutan cerai.
Sarah turut memuat naik beberapa gambar di akaun Instagram di mana dia mengharapkan orang ramai dapat mendoakan urusan dia dan anak-anak dipermudahkan. Perkongsian itu juga turut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat dari para peminat dan rakan selebriti yang lain.
Dalam masa yang sama, pakar motivasi terkenal Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah juga sempat meninggalkan pesanan buat Sarah di ruangan komen. Pakar motivasi yang menggelarkan dirinya sebagai Tok Abah itu menitipkan doa buat Puteri Sarah dan anak-anak dan mendoakan mereka dikurniakan umrah yang mabrur.
“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak.”
Tambahnya lagi, dia berharap perjalanan umrah tersebut dapat memberikan hikmah sebesarnya buat Sarah yang kini diuji dengan masalah rumah tangga. Komen yang ditinggalkan oleh pakar motivasi ini telah menerima lebih 13,000 likes di mana rata-rata netizen turut sama berasa sebak membacanya.
Dalam masa yang sama, netizen memberitahu pakar motivasi itu sebelum ini pernah meluahkan rasa sebak apabila melihat Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata semasa ditemu bual tentang kemelut rumah tangga yang menimpa anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah.
Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan tuntuan cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof di mana sebutan pertama kes akan berlangsung pada 7 Mac akan datang. Kemelut rumah tangga mereka semakin hangat diperkatakan selepas pengarah filem itu mengesahkan dia sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.