Puteri Sarah Berangkat Ke Tanah Suci, Nama Syamsul Yusof Dipetik Netizen, “Sampai Hati Sol Tak Datang…”

Sponsored

Pelakon Puteri Sarah telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah turut memuat naik beberapa gambar semasa mereka berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Di dalam perkongsian tersebut, pelakon itu berharap orang ramai dapat mendoakan urusan dia dan anak-anaknya dipermudahkan semasa di tanah suci. Difahamkan, beberapa ahli keluarga Puteri Sarah turut hadir di lapangan terbang untuk menghantar pelakon itu dan dua anaknya ini.

Sponsored

Walau bagaimanapun, kelibat suami kepada pelakon itu iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan di dalam gambar-gambar yang dikongsikan. Malah hanya ahli keluarga Puteri Sarah terdiri daripada ibu bapa dan adik beradiknya sahaja yang berada di sana.

Netizen tanya mana Syamsul?

Susulan itu, rata-rata netizen turut ‘memetik’ nama Syamsul Yusof di ruangan komen apabila dia tidak hadir menghantar isteri dan anak-anaknya itu. Malah ramai yang mempersoalkan ketiadaan Syamsul untuk mengiringi keberangkatan Puteri Sarah dan dua anak mereka bagi mengerjakan umrah di Tanah Suci ini.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa sedih dan simpati melihat nasib yang dialami oleh Puteri Sarah dan anak-anaknya ini. Dalam masa yang sama, orang ramai mendoakan semoga kemelut rumah tangga yang melanda pasangan ini dapat diselesaikan dengan cara baik dalam masa terdekat ini.

“Terasa sedih bila tengok gambar ni, terbayang betapa indahnya kalau ada ayah bersama dengan kedua-dua anak ini…”

Sponsored

“Sampai hati Sol tak datang jumpa isteri dan anak-anak…”

“Sampai ke sudah bayang suami sendiri tak kelihatan? Nak pertahankan sesuatu itu biarlah bersebab. Kalau macam ni gayanya, nak pertahankan buat apa?”

Sekadar info, Syamsul Yusof sebelum ini membuat pengakuan dia telah berkahwin dengan Ira Kazar di sempadan Thailand. Susulan itu, Puteri Sarah telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di mana tarikh sebutan pertama kes akan berlangsung pada 7 Mac yang akan datang.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram