Umum sedia tahu pada malam Rabu, 22 Februari, pelakon jelita Raysha Rizrose selamat bergelar pengantin dan isteri kepada pelumba F2, Nabil Jeffri dengan majlis penuh meriah. Memilih lokasi Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pasangan ini diraikan dengan kehadiran rakan rapat dan keluarga kedua mempelai.
Bukan hanya video di sekitar acara berlangsung mencuri perhatian peminat, rakaman ketika Raysha Rizrose bersiap bergelar pengantin turut menjadi bualan hangat warganet.
Video dengan paparan Raysha Rizrose sedang bersiap bergelar pengantin ini membuatkan warganet puji cantik dan berseri. Untuk info Raysha Rizrose disolek cantik oleh jurusolek profesional, Syed Faizal Syed Noh dan rambut didandan oleh CK Liow.
Berikut adalah perkongsian rakaman pengantin wanita yang cukup cantik dan berseri ini sedang bersiap yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Raysharizrose19:
Malah di Instagram jurusolek profesional, Syed Faizal Syed Noh ini turut berkongsikan hasil solekannya pada pelakon jelita berkenaan. Berikut adalah muat naik tersebut:
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji hasil solekan dan dandanan Raysha Rizrose di malam penuh bersejarah itu. Berikut antaranya:
“Power abang pakai songkok make up”
“Cantik mata tanpa lens”
“Raisya ke Daiyan Trisha ni hahaha”
Namun begitu di sebalik yang memuji ada juga yang mengkritik hasil solekan pengantin perempuan ini nampak terlalu ringkas dan tidak berseri.
“Dia bukan tak naik seri apa. Cuma masa dia bertunang lagi cantik dari nikah. So makeup nikah ni macam makeup harian dia ja”