Tak Habis-Habis Buka Cerita, Netizen Dah Mula’Semak’ Dengan Bekas Tunang Anju, “Kenapa Buka Aib Sendiri…”

Sponsored

Semenjak ikatan pertunangan terputus di tengah jalan, pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya dilihat sering berbalah kenyataan di media sosial. Terbaru, Datuk Seri Khazrul Elzey menyebarkan aib tentang kisah yang berlaku semasa dia dan Anju masih lagi bersama.

Boleh dikatakan, hampir setiap siaran langsung atau sesi ‘live’ yang dilakukan oleh lelaki itu akan berceritakan tentang bekas tunangnya, Anju. Di dalam pendedahan terkininya, lelaki itu memberitahu dia tidak gemar apabila Anju yang memiliki kunci rumahnya kerap datang ke kediamannya dahulu.

Sponsored

Namun dia mengatakan tidak mengambil kesempatan di atas wanita itu apatah lagi dia mempunyai anak perempuan yang tinggal bersamanya. Susulan pendedahan demi pendedahan yang dikongsikan, netizen mula meluahkan rasa ‘semak’ dan serabut dengan tindakan bekas tunang pelakon wanita ini.

Malah rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan lelaki itu yang kerap membuka aib dia dan Anju setiap kali melakukan siaran langsung di Tik Tok. Tambah netizen, tindakannya ini hanya akan memburukkan imej dia dan Anju di mata orang ramai tambahan pula Anju merupakan seorang selebriti.

Sponsored

Netizen dah muak

Dalam masa yang sama, netizen berharap Khazrul dapat berhenti mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya ‘move on’ sahaja dengan apa yang terjadi. Ramai juga yang menempelak lelaki itu dan berkata dia seharusnya bersikap lebih matang pada usianya ini termasuklah ketika memutuskan hubungan mereka.

Terdahulu, Anju pernah meminta bekas tunangnya ini untuk berhenti menjadikan dia sebagai bahan konten di media sosial selepas mereka memutuskan tali pertunangan. Sekadar info, hubungan pasangan ini putus di pertengahan jalan tidak sampai sebulan mereka bertunang namun punca perpisahan tidak dikongsikan.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter