Rakaman Sufian Suhaimi dengan teman wanita, netizen sangka Intan Najuwa

Sponsored

Selepas hubungan penyanyi popular lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi menjadi tanda tanya dengan seorang wanita yang mengenakan baju warna sedondon dengannya di majlis pernikahan Aiman Tino baru-baru ini, Sufian Suhaimi bagaimanapun mengakui dia adalah teman wanitanya.

Difahamkan hatinya telah dimiliki oleh seorang wanita yang dikenalinya sejak tahun lalu. Sufian Suhaimi dan wanita tersebut menjadi perhatian di media sosial apabila rata-ratanya tertanya-tanya hubungan mereka memandangkan kedua-duanya dilihat mengenakan pakaian warna yang sedondon di atas pelamin lalu berfoto bersama pasangan pengantin, Aiman Tino dah isterinya.

Sponsored

Pun begitu selepas foto, satu rakaman video Sufian Suhaimi bersama wanita terbabit menjadi perbualan lagi apabila gelagat mereka menarik tumpuan ramai terutama peminat Sufian Suhaimi yang juga tertanya-tanya adakah peminat kena move on memandangkan dia sudah mempunyai kekasih.

Dalam pada itu, ternyata ruangan komen turut membuatkan nama pelakon jelita, Intan Najuwa menjadi perbualan warganet selepas wajah wanita dalam video ini mencetuskan ada yang salah sangka dia adalah pelakon tersebut.

Sponsored

Malah rata-ratanya melihat teman wanita Sufian Suhaimi itu salin tak tumpah seperti Intan Najuwa sehingga ada yang tertanya-tanya jika mereka ada kena mengena disebabkan mempunyai iras.

Macam Intan Najuwa sikit

Sponsored

Cantik lah macam Intan Najuwa

Cantik sekali pandang macam Intan Najuwa

Adik beradik or sepupu Intan Najuwa ke, muka ada iras cantik jugak