“Saya panggil dia sayang”- Teman wanita & Sufian Suhaimi sedondon di majlis Aiman Tino

Sponsored

Baru-baru ini penyanyi terkenal, Aiman Tino telah selamat disatukan dengan gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Syarah Haifa dan nampaknya rakan baik penyanyi tersebut iaitu Sufian Suhaimi turut hadir ke majlis penikahan mereka.

Memuat naik sekeping foto diruangan Instagram Story, Sufian Suhaimi bagaimanapun menimbulkan pelbagai tanda tanya tentang identiti wanita yang memakai warna sedondon di majlis tersebut bersamanya.

Sponsored

Tampil sedondon di majlis Aiman Tino

Mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan menerusi sumber bagaimanapun Sufian Suhaimi menjawab tentang identiti wanita berbaju merah itu adalah teman wanitanya dan Sufian mengakui bahawa hatinya telah dimiliki wanita berusia 23 tahun itu. Dikenali sejak tahun lalu, Sufian tidak mahu terlalu mendedahkan identiti wanita tersebut.

Sponsored

“Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia, tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami.

“Dia masih menuntut disebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian… saya panggil dia ‘sayang’.”

Sponsored
Sufian

Pemilik suara lagu Di Matamu ini berkata dia dan kekasihnya itu saling menghormati kehidupan masing-masing. Sufian juga berharap hubungan yang terjalin itu berakhir dengan perkahwinan tetapi belum mempunyai perancangan ke arah itu.

Terdahulu, perkongsian foto Sufian Suhaimi itu menarik perhatian ramai apatah lagi dia dan wanita dalam foto tersebut dilihat memakai pakaian warna sedondon.

Sumbermstar