Sebut sahaja nama Jep, tentu ramai yang mengenali dengan pelawak dan penyampai radio terkenal ini yang jarang tidak menghiburkan peminat dan netizen apabila dia membuka mulut. Sehinggakan dia telah menjadi antara pelawak kegemaran ramai.
Walau bagaimanapun, Jep kini semakin aktif di platform TikTok apabila dia sering membuat video live dengan berkomunikasi bersama peminat dan tentu video pelawak ini mencecah ribuan penonton yang melihatnya.
Jep jadi tumpuan di TikTok
Pun begitu, nampaknya ramai tidak henti-henti memberikan gift disetiap video live Jep Sepahtu di laman tersebut yang mana seperti sedia tahu, sesiapa yang menonton video live dapat memberikan gift yang akan boleh ditukar kepada duit yang mempunyai nilai tersendiri bagi setiap gift yang diberi.
Menerusi satu video live Jep Sepahtu bagaimanapun mengundang pelawak ini sendiri terkedu dan hampir menangis apabila dia menghargai setiap pemberian gift yang tidak henti-henti diterimanya.
Muatnaik semula itu ternyata membuatkan netizen tidak hairan dengan gift diberikan buat pelawak tersebut kerana Jep Sepahtu antara pelawak yang sentiasa menghiburkan ramai dan tidak henti-henti mengundang ramai tertawa
‘Rezeki tak salah alamat, Jep memang pelawak paling rare’

‘Sebenarnya best tau kita bagi gift kat someone really appreciate ni’

‘Murah rezeki Jep, dia live tak putus orang bagi gift besar’

‘Jep tolong abang Ebby Yus dari tkde apa masa sakit, lagi banyak jasa Jep orang tak tahu’

