“Abg tak pandai berniaga”- Diminta lengkapkan semula, Jep akhirnya bersuara tentang Sepahtu

Sponsored

Sebut sahaja nama kumpulan Sepahtu, pasti ramai yang sudah sebati dengan ahlinya iaitu Jep, Shuib, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus. Malah peminat dan netizen sentiasa tidak terlepas mengikuti lawak-lawak mereka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live.

Walau bagaimanapun Shuib yang tidak lagi kelihatan dalam rancangan tersebut membuatkan Jep akhirnya bersuara selepas dia diminta untuk lengkapkan semula kumpulan tersebut oleh peminat. Meskipun begitu, Jep menjawabnya dengan tenang bahawa permintaan tersebut susah kerana masing-masing mempunyai komitmen tersendiri.

Sponsored

Ujar Jep setiap daripada mereka mempunyai rezeki masing-masing dan ada keinginan tersendiri. Jika salah seorang tidak ingin melakukannya, dia tidak boleh berhenti kerana itu merupakan apa yang boleh dilakukannya. Jadi apabila dia diminta untuk kumpulkan semula Sepahtu, akuinya dia tiada daya.

“Kita kena hormat keputusan orang lain,” katanya lagi. Penjelasan Jep mengenai kumpulan Sepahtu tersebut menarik perhatian warganet dan peminat mereka yang akhirnya dapat mendengar Jep menerangkan tentangnya.

Sponsored

Penjelasan Jep Sepahtu itu bagaimanapun membuatkan juga peminat kesian kerana dia dikatakan sebelum ini tidak pernah mengulas apa-apa tentang hal tersebut. Namun begitu, dia juga menerima pujian diruangan komen disamping caranya itu disukai ramai.

‘Kesian Jep kena explain jugak akhirnya’

Sponsored

‘Sedaya upaya dia nak pertahankan…’

‘Dalam suka duka dia…’

‘Akhirnya dia terangkan, kalau masih ada yang tanya tak tahu lah nak cakap apa’