Gunting Baju Sendiri Tanda Boikot Produk Sweden, Caprice Diperli Kurang Bijak, “Kau Selalu Over Tau..”

Sponsored

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang ahli politik Sweden yang bertindak membakar naskah Al-Quran sekaligus membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Susulan itu, ramai yang menyeru untuk memboikot produk buatan Sweden sebagai tanda protes.

Kebanyakannya meminta umat Islam memboikot jenama dan produk buatan negara terbabit di mana antara jenama yang disebut-sebut adalah syarikat IKEA dan H&M. Malah penyanyi rap, Caprice juga turut sama berang dengan tindakan ahli politik Sweden ini dan meminta orang Malaysia untuk memboikot.

Sponsored

Di dalam video yang dimuat naik Caprice, dia telah menggunting sehelai t-shirt berwarna putih keluaran H&M sambil meluahkan rasa marahnya. Sebagai tanda boikot, dia menggunting baju tersebut dengan perasaan marah dan memberitahu dia kini memboikot jenama tersebut yang berasal dari Sweden.

Reaksi netizen

Namun video yang dimuat naik oleh Caprice ini menerima pelbagai reaksi dari netizen. Walaupun ramai yang bersetuju dengan tindakannya untuk memboikot namun mereka berpendapat cara yang dilakukan oleh Caprice ini adalah salah dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada jenama tersebut.

Sponsored

Tambahan pula, baju tersebut telah pun dibeli oleh Caprice dan ia hanyalah satu pembaziran sahaja. Netizen berpendapat cara yang betul untuk memboikot adalah dengan tidak membeli apa-apa produk dari jenama tersebut pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, netizen turut memerli Caprice kerana tidak melakukan perkara yang sama semasa isu jenama Balenciaga kecoh satu ketika dahulu. Malah ada yang mengatakan mungkin kerana jenama tersebut jauh lebih mahal dari jenama H&M seperti t-shirt yang diguntingnya ini.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter