Ramai ‘Restu’ Nyanyian Cover Lagu Raya Aliff Syukri Dari Adik Ini

Sponsored

Saban tahun lagu yang dinyanyikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri pasti akan mendapat perhatian umum. Nampaknya teknik pemasaran lagu-lagunya berjaya mencetuskan satu fenomena luar biasa dalam industri hiburan tanah air.

Tahun ini lagu raya Aliff Syukri berjudul Chu Ku Chuk Raya pula mendapat perhatian umum. Bukan sahaja disebabkan muzik video yang dihasilkan agak ‘unik’ malah ada netizen akui lagunya tahun ini boleh tahan menarik untuk didengar.

Sponsored

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan sekumpulan kanak-kanak tampil dengan nyanyian cover lagu raya Aliff Syukri berjudul Chu Ku Chuk Raya telah menjadi perhatian ramai.

Berikut adalah rakaman nyanyian cover lagu raya yang telah membuatkan ramai terhibur yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok:

Sponsored

Boleh tahan juga nyanyian adik ini! Meninjau di ruangan komen, ramai ‘restu; nyanyian semula lagu Chu Ku Chuk Raya oleh adik ini. Malah susunan muzik dari era 60-an turut diakui sesuai juga dengan lagu ini.

Berikut antara reaksi ramai yang rata-ratanya memuji nyanyian semula oleh adik ini:

Sponsored

“Lagu ni seronok rupanya. Bila dengan suara yang tepat”

“Giler sedap wey.. Tolong putar kat radio..Vibe moden dan klasik. Mantop”

“Mantap versi 60-an..Suara sedap dik”

“Sedapnya lagu raya ni..Please tolong masukkan dalam radio dan TV. Tapi pastikan yang adik ni nyanyi”

SumberTiktok