Semalam tular di platform Tik Tok apabila personaliti media sosial, Ratu Farah Diva dikatakan bergaduh dengan beberapa influencer yang lain. Difahamkan, Ratu telah masuk ke dalam siaran langsung tersebut dan memaki hamun mereka secara tiba-tiba tanpa sebab.
Namun menurut Ratu, dia berasa marah apabila mereka di dalam siaran langsung itu telah mengutuknya dan melakukan ‘body shaming’ terhadapnya. Tindakan spontan dari Ratu ini turut membuatkan yang lain berasa keliru kerana mereka langsung tidak ada mengutuk wanita itu seperti yang dikatakan.
“Kau jangan macam macam dengan aku. Aku pun ada hati dan perasaan tau. Apa perasaan kau bila orang hina kau.”
Dalam masa yang sama, ruangan komen di siaran langsung itu turut dihujani dengan reaksi pelik netizen yang tertanya-tanya apa yang membuatkan Ratu terasa hati tidak semena-mena. Malah ramai yang menganggap tindakan Ratu itu sebagai biadap dan tidak patut kerana telah mengguris hati mereka yang berada di dalam ‘live’ tersebut.
Namun ada yang mendakwa Ratu sebenarnya terasa hati apabila cintanya ditolak oleh salah seorang Tik Toker yang berada di dalam sesi ‘live’ itu. Video yang tular itu kemudiannya dikongsikan semula di Twitter di mana rata-rata netizen turut meluahkan rasa hairan melihat perangai pelik Ratu ini.
Komen netizen
Ada juga netizen yang beranggapan dakwaan Ratu mempunyai masalah mental adalah benar jika dilihatkan dari gayanya itu. Warganet turut berharap Ratu dapat menerima rawatan segera sekiranya benar wanita itu mempunyai masalah mental seperti yang dikatakan sebelum ini.
“Kalau dah selalu bawak watak sewel demi populariti dan social media, tanpa sedar watak yang direka tu jadi sebati dengan diri dan jadi personaliti sebenar dia.”
“Lama dah aku perati, dia memang kurang upaya lah mungkin intellectual disability.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.