Raysha Rizrose Bergelar Isteri Kepada Pelumba F2 Selepas 10 Tahun Menyulam Cinta

Sponsored

Baru dua bulan bertunang, pelakon wanita dikenali dengan nama Raysha Rizrose telah pun disatukan di majlis penuh meriah pada Rabu, 22 Februari 2023. Pelakon jelita ini disatukan dengan kekasih hatinya bernama Nabil Jeffri, 30 tahun.

Dengan sekali lafaz, Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada pelumba F2 ini yang mana majlis diadakan di Hotel Grand Hyat, Kuala Lumpur. Video di sekitar majlis gilang gemilang ini menjadi perhatian ramai. Berikut antara beberapa video Raysha Rizrose bergelar isteri kepada pelumba F2 ini:

Sponsored

Dalam rakaman berikut dipaparkan pasangan ini berarak masuk sambil disambut meriah oleh keluarga kedua-duanya. Turut terlihat Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Kamal Adli dan ramai lagi.

@bena1i

Congrats Dada & Nabil for the solemnization today 💕🫰🏻 #rayshanabil

♬ original sound – Ben Ali – Ben Ali

Rakan selebriti dan juga pelakon, Nadiyah Shahab turut memuat naik video ringkas sebagai tanda hadir majlis penyatuan dua jiwa ini.

Sponsored
@nadiyahshahab

Congratulation @Raysha Rizrose & Nabil 💕💕 #rayshanabil

♬ Wedding piano songs – Cookey

Untuk rekod, Raysha dan Nabil sudah menjalin cinta selama 10 tahun dan bertunang dua bulan lalu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja menyaksikan kecantikan pengantin baru ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:

“Baru nampak Kamal Adli. Dari masa tunang tu hari tercari2”

Sponsored

“Dah kahwen dah semua anak perempuan uncle Faris dan Aunty Ros congrats Raisya..Semoga dimudahkan segala urusan semoga kekal till jannah”

“Segak nya macam anak patung bergerak”

“Baru tunang dah nikah..Lurvee”

SumberTikTok