Tengah rakam video, terjumpa Shuib & Watie, “Lawa Watie tu noh”

Sponsored

Sebelum ini, hubungan pelawak terkenal Shuib Sepahtu dengan seorang wanita dikenali dengan panggilan Watie begitu mendapat perhatian dan telah timbul pelbagai pertanyaan. Shuib bagaimanapun selepas itu mengakui sedang mengenali hati budi.

Meskipun menerima pelbagai reaksi daripada netizen, kini kedua-duanya sudah tidak lagi berselindung tentang hubungan mereka. Malah acap kali gelagat mereka tular di media sosial.

Sponsored
Watie yang difahamkan seorang ahli perniagaan.

Terbaharu nampaknya sekali lagi gelagat Watie bersama penyampai radio itu mencuri tumpuan ramai. Menerusi TikTok, seorang individu yang sedang merakam video suasana ternampak gelagat Watie bersama Shuib Sepahtu.

@myramalik26

tengah rakam nak masuk main kat dalam last2 terakam shuib dengan wati 😂😂 #syurgadessert #trending #fyppp #myramalikboutique #fypシ゚viral

♬ original sound – Myramalik – Myramalik

“Tengah rakam nak masuk main kat dalam last-last terakam Shuib dengan Watie.” Tulis pemilik akaun tersebut yang mana rakaman video Shuib dan Watie itu turut tular di platform terbabit.

Sponsored

Warganet bagaimanapun meninggalkan reaksi positif dan mengharapkan yang lain mendoakan yang terbaik sahaja buat mereka. Dalam pada itu, ternyata ramai juga yang tertarik dengan kecantikan Watie sehingga video tersebut juga meraih ribuan tanda suka.

“Jangan risau anak-anak shuib dah terima Watie so tkde masalah family dia pun dah terima. Kita yang orang lua pulak takleh terima”

Sponsored

“Patut semalam kat suria dia ada kata bawa anak-anak gi Icity main salji”

“Anak dia kecik lagi, perlu kasih sayang seorang ibu. Doa yang baik-baik saja”

“Cantik sangat Watie, luv la dorang”