Reaksi Fyna Jebat Dapat Watak Penyondol Jadi Bualan Netizen, “Dia Nak Cover Malu Tu…”

Sponsored

Kalau disebut nama Fyna Jebat, pastinya ramai yang tahu tentang isu perkahwinannya bersama bekas pemain bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan. Malah sebelum ini juga kecoh apabila timbul isu mengenai pergaduhan di antara Fyna dan isteri pertama jurulatih bola sepak itu.

Baru-baru ini, tular video di mana Ayda dan Fyna Jebat mencuba satu ‘filter’ di Tik Tok bersempena Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS). Di dalam video tersebut, ‘filter’ itu bertanyakan tentang watak apakah yang sesuai dilakonkan oleh pasangan adik beradik ini.

Sponsored

Namun kedua-dua mereka terkejut apabila jawapan yang diterima adalah watak ‘penyondol’ sekaligus membuatkan Ayda dan Fyna tertawa melihatnya. Walau bagaimanapun, reaksi dari Fyna Jebat ini pula telah menjadi bualan ramai sehingga membuatkan video itu tular di media sosial.

@tv3malaysia

Ehh alamak ! Opss komen yang baik baik sajo okay… 🤭🫣 ▶️ Tonton Anugerah Drama Sangat, 12 Mac, Ahad, 9 malam di TV3 dan Strim Live HD di Tonton! #AAnugerahDramaSangatLagiDramaLagiRasaDramaSangat #TV3Malaysia

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen menyindir watak ‘penyondol’ yang diberikan itu sesuai dengan Fyna susulan isu di antara dia dan madunya sebelum ini. Malah ramai yang mengatakan watak tersebut ‘kena’ dengan situasi penyanyi itu kerana dia merupakan isteri kedua kepada Datuk Zainal Abidin.

Sponsored

Dalam masa yang sama, netizen turut menegur reaksi Fyna yang seakan-akan cuba menyembunyikan rasa malu dengan menari secara tiba-tiba selepas melihat jawapan tersebut. Terdahulu, Fyna pernah digelar sebagai ‘penyondol’ selepas mengahwini jurulatih bola sepak itu yang masih berstatus suami orang.

“Dah jadi isteri no 2 tu senyap-senyap je lah.”

Sponsored

“Setepek kena dengan filter.”

“Dia nak cover malu sebab tu menari macam tu. Kalau tak buat selalunya ada perasaan marah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok