Satu kejadian mengejutkan telah berlaku pada pelakon Kamal Adli apabila dia tiba-tiba dipukul menggunakan cota besi semasa menghadiri Hari Raya Mega Sale di Singapura. Suami kepada Uqasha Senrose ini kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan serius di bahagian kepala.
Difahamkan, kejadian berlaku semasa Uqasha dan Kamal sedang bergambar bersama peminat yang hadir di acara tersebut. Suspek yang disangka sebagai peminat itu kemudian memukul kepala pelakon lelaki itu dengan tiba-tiba di hadapan orang ramai yang berada di situ.
Walaupun suspek telah berjaya ditahan, Uqasha meminta orang ramai untuk berhenti meninggalkan komen-komen yang tidak bermoral. Menurut pelakon itu, suspek yang ditahan merupakan warganegara Singapura dan tidak mempunyai sebarang masalah mental.
Jelas Uqasha, dia sendiri sudah melihat sendiri kad pengenalan diri milik suspek dan mengesahkan dia sememangnya adalah warganegara Singapura. Namun dia tidak bersifat ‘pukul rata’ mengatakan semua rakyat negara itu adalah jahat susulan kejadian yang berlaku pada suaminya ini.
Di dalam hantaran itu juga, Uqasha menasihatkan orang ramai untuk berhenti meninggalkan komen yang tidak bermoral mengenai kejadian yang berlaku ini. Tambahnya lagi, dia sendiri masih berasa trauma kerana menyaksikan sendiri suaminya dipukul di hadapan mata sehingga berlumuran darah.
“Suami aku berdarah darah depan mata aku, aku isteri aku trauma aku menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh.”
Terdahulu, Uqasha memaklumkan perkembangan terkini Kamal Adli yang sudah sedar dari pembedahan yang dilakukan. Menurut pelakon itu, Kamal Adli masih lagi dalam keadaan yang mamai dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat suaminya ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.