Fyna Jawab Isu Bergaduh, Respon Ayda Jebat Jadi Perhatian, “Kau Delete Jawapan Dia, Jangan Tanya Dia…”

Sponsored

Ramai yang sudah sedia maklum tentang kontroversi perkahwinan Fyna Jebat dan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan. Sehinggakan berlakunya pergaduhan di antara Fyna dan isteri pertama suaminya, Datin Zalina Zaini di sebuah restoran mamak.

Baru-baru ini pula, tular sebuah video di platform Tik Tok tentang temu bual pasangan adik beradik Fyna Jebat dan Ayda Jebat selepas program Famili Duo. Di dalam sesi temu bual bersama media itu, Fyna telah ditanya mengenai insiden pergaduhan tersebut yang menjadi bualan di media sosial.

Sponsored

Namun kedua-dua adik beradik itu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen tentang isu itu. Walaupun tidak menjawab soalan yang diajukan, Fyna sempat memberitahu dia tidak mengambil kisah tentang kata-kata orang luar mengenainya dan dia juga tidak peduli dengan isu tersebut.

Mungkin sedar jawapan yang diberikan Fyna itu boleh menimbulkan isu lain, Ayda kemudiannya dengan segera memotong jawapan adiknya itu dan meminta para wartawan memadamkan sahaja respon itu. Malah Ayda turut meminta wartawan untuk tidak mengambil serius dengan jawapan adiknya ini.

Sponsored

“Kau delete jawapan dia, jangan tanya dia.”

@budieychannel

Isu kecik boleh jadi besar, better diam je tak yah komen. #sembangentertainment #fyp #budieychannel

♬ original sound – Budiey – Budiey

Komen netizen

Reaksi pantas dari Ayda ini kemudiannya menjadi perhatian netizen apabila dia kelihatan begitu profesional dalam menjawab soalan. Rata-rata netizen juga turut terhibur apabila Ayda kemudiannya meminta Fyna untuk mendiamkan diri sahaja kerana bimbang dengan jawapan yang akan diberikan adiknya itu.

Sponsored

“Nampak kan kematangan Ayda Jebat bila wartawan tanya.”

“Ayda sendiri geram dengan jawapan adik dia tapi comel jugak dia backup adik dia.”

“Aiyooo respon fyna, hmmm kesian Ayda tapi hadam je lah.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok