Kemelut rumahtangga pelawak dan pengacara, Shuk Sahar dan Rossa Sera pernah mengemparkan industri hiburan tanah air. Dakwaan yang Shuk Sahar pernah buat ‘hal’ membuatkan keadaan rumahtangga mereka semakin goyah.
Bagaimanapun baru-baru ini rakaman Shuk Sahar dan Rossa Sera mengerjakan umrah bersama membuatkan spekulasi pasangan ini bakal kembali bersama berlegar di media sosial. Malah ramai juga yang mendoakan pasangan ini supaya sentiasa bahagia.
“Sudah banyak yang berlaku..”
Biarpun begitu, memetik laporan Harian Metro, Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengakui hatinya masih terluka.
“Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku. Hati ini masih lagi terluka,” ujar Rossa Sera akui hati masih terluka ini.
Belum ada keputusan
Menurut Rossa Sera yang berceritakan mengenai hubungannya dengan Shuk ketika ini juga dia masih belum dapat memberitahu keputusan untuk kembali kepada Shuk atau berpisah. Rossa Sera akui hati masih terluka dalam satu tikTok live memberitahu banyak kali soalan mengenai status hubungannya diajukan.
Sempat juga Rossa Sera mengharapkan semua dapat berikan sokongan walau apa juga keputusan yang diambil nanti.
“Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi. Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil,” kata Rossa Sera.
Semoga pasangan ini dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik demi kebahagian bersama.