Siti Sisters Barpadu Suara Dengan Tok Ti Ramai Yang Suka, “Bestnya Family Trio”

Sponsored

Umum sedia tahu yang mana adik dan kakak Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyertai rancangan realiti TV berjudul Familio Duo. Rancangan ini sudah pun hampir di penghujungnya dan pasangan peserta dikenali Siti Sisters tersebut berjaya menunjukkan peningkata dalam persembahan saban minggu.

Dari awal hinggalah minggu keenam, Siti Sisters yang terdiri dari Siti Sairah dan Siti Saida ini semakin menunjukkan ‘taring’ mereka. Minggu ini ramai yang tak sabar menantikan persembahan dua beradik berbakat ini.

Sponsored

Bagaimanapun baru-baru ini Siti Sairah memuat naik satu video yang memaparkan tiga beradik ini berkongsi pentas menghiburkan para tetamu. Dalam rakaman itu pada awalnya Siti Sairah mula menyanyi dan diikuti Siti Nurhaliza dan Siti Saida.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan Siti Sisters berpadu suara dengan Tok Ti di sebuah majlis yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Siti Sairah:

Sponsored

Memang hebat bakat adik-beradik Siti Nurhaliza ini. Masing-masing berbakat menghiburkan orang ramai. Di ruangan kapsyen, Siti Sairah menulis yang dia menggunakan mikrofon milik Siti Nurhaliza.

Difahamkan majlis dihadiri mereka ini dianjurkan oleh syarikat milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Biarpun dalam keadaan sibuk dengan persiapan Famili Duo namun, pasangan adik-beradik ini sempat menghadiri majlis tersebut.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara adik-beradik ini. Malah persembahan Siti Sisters berpadu suara dengan Tok Ti ini telah membuatkan ramai terhibur. Berikut antara reaksi ramai tersebut:

“Ala tengok dorang beradik macam ni suka sangat. Semua idola. All the best ya kak. Apapun terjadi, korang tetap terbaik. Siti Sisters rocking it!”

“Padu suara 3 beradik ni. Mak buyong tu kemaen lagi ye”

“Best la 3 Siti bergabung…”