Safawi Rasid kongsi gambar pertama bersama dengan Syifa Melvin, “Tak sangka u se sweet ini”

Sponsored

Pasangan sama cantik, sama padan iaitu pempengaruh Syifa Melvin dan pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid sering kali menjadi tumpuan umum. Disatukan pada tahun lalu, Safawi Rasid dan Syifa Melvin membuatkan ramai peminat tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Sebelum ini, Safawi Rasid dan isteri pernah beberapa kali digosipkan bersama namun kedua-duanya pandai menyimpan rahsia membuatkan ramai memberikan pujian sehinggalah tiba tarikh hari penikahan mereka yang diraikan dengan cukup meriah.

Sponsored

Walau bagaimanapun, terbaharu Safawi Rasid menerusi Instagram peribadinya membuatkan ramai tertarik dengan posting istimewanya kepada isteri yang mana dia turut berkongsikan foto pertama bersama. Sempena ulang tahun kelahiran Syifa Melvin, suaminya itu juga sempat memberikan ucapan khusus sehingga selain dihujani komen peminat dan pengikut, perkongsian tersebut juga meraih hampir 100,000 tanda suka

“Happy birthday! Gambar first bersama. Semoga dipermudahkan semua urusan ye Baby!! I love you,” tulis Safawi Rasid diruangan kapsyen yang membuatkan ramai peminat dan pengikutnya meninggalkan pelbagai komen.

Sponsored

Nampaknya Syifa Melvin juga sempat mengusik suaminya itu yang tidak disangka-sangka sweet sebegitu dengan dirinya. Dia turut mengucapkan terima kasih buat Safawi Rasid manakala diruangan komen itu juga, peminat turut tertarik dengan gelagat sweet mereka itu.

‘Tunjuk selepas kahwin tu, semoga kekal bahagia hingga ke syurga Allah’

Sponsored

‘Jaga Pawi elok-elok, dia bintang negara tuh’

‘Love this’

Syifa Melvin

‘Merpati 2 sejoli’

Syifa Melvin
Syifa Melvin