Meerqeen Kongsi Foto Atas Pelamin Terima Pelbagai Reaksi, “Habislah Kena Edit Ni”

Sponsored

Pelakon baru dikenali dengan nama Meerqeen ini nampaknya semakin popular selepas lakonannya menerusi drama Melur Untuk Firdaus mendapat sambutan ramai. Bukan sahaja memiliki peminat di Malaysia, malah turut popular di negara jiran seperti Indonesia.

Apatah lagi gandingannya dalam drama tersebut iaitu Anna Jobling sangat sepadan dengan Meerqeen. Terbaharu pelakon kacak ini memuat naik beberapa foto dirinya atas pelamin telah menjadi bualan hangat netizen.

Sponsored

Dilihat Meerqeen mengenakan baju melayu putih serba lengkap dengan sampin dan songkok. Penampilannya itu seakan pengantin lelaki, namun begitu tidak terlihat pengantin perempuan di sebelahnya.

Berikut adalah Meerqeen kongsi foto atas pelamin yang dimuat naik menerusi akaun Instagram mliliknya itu:

Sponsored

Muat naik Meerqeen kongsi foto atas pelamin ini telah meraih hampir 400 ribu likes dan ribuan komen dari warganet. Sempat juga Meerqeen menulis di ruangan kapsyen seperti berikut:

“Alhamdulilah. Its official. A day to remember”

Sponsored

Biarpun begitu, perkongsian oleh Meerqeen ini telah membuatkan ramai tertanya-tanya adakah pelakon kacak yang juga alumni Hero Remaja tersebut telah menamatkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada juga yang meneka ini mungkin foto diambil dari pengambaran Melur Untuk Firdaus yang bakal bertemu musim baru peminat drama itu.

Malah ada juga yang kecewa jika pelakon ini sudah dimiliki wanita pilihan hatinya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Aku baru nak broken. Nasib bukan betul2 em”

“Siapa pulak kahwin ni Meerqeen? Ke Melur Untuk Firdaus 2 ni haih”

“Ini apaan woii”

“Waah habislah kena edit nih”