“Saya Akan ‘Blacklist’ Dia Seumur Hidup, Ini Pertama Kali Jumpa Artis Spesies Sebegini…”, – A. Aida

Sponsored

Hari ini tular di media sosial, keputusan mahkamah membabitkan pelakon Amelia Henderson dan penerbit, Datuk A. Aida. Mahkamah menetapkan Amelia perlu membayar lebih RM200,000 berkaitan isu perlanggaran kontrak syarikat penerbitan, A. Aida Production Sdn Bhd.

Susulan keputusan dari mahkamah ini, A. Aida menegaskan dia tidak akan sama sekali mengambil Amelia untuk berlakon di dalam mana-mana projek di bawah syarikat terbitannya selepas ini. Tindakan yang diambil A. Aida ini adalah untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali.

Sponsored

“Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi. Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesies sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi.”

Ujar penerbit itu lagi, dia lebih rela untuk mengambil bakat-bakat baru untuk berkerjasama dengannya selagi ia tidak akan menyusahkan atau memberikan masalah kepada pihak produksi.

Sponsored

“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak ‘shoot’ (mulakan penggambaran), malamnya tarik diri. Minta maaflah.”

Dalam masa yang sama, Amelia meluahkan rasa bangga dengan dirinya kerana sudah melakukan keputusan yang tepat untuk kebaikan diri. Difahamkan, Amelia akan memfailkan rayuan terhadap keputusan saman yang dibuat selepas mahkamah menetapkan kemenangan kepada A. Aida.

Sponsored

“Tak boleh nak cakap banyak memandangkan saya akan buat rayuan juga. Saya rasa kes ini masih berterusan dan kita nantikanlah. Saya menghormati keputusan mahkamah hari ini. Saya masuk mahkamah hari ini tanpa sebarang harapan.”

Amelia turut menegaskan isu yang berlaku ini langsung tidak menjejaskan rasa hormatnya terhadap penerbit popular itu sebaliknya menganggap ia hanya percanggahan pendapat profesional. Malah Amelia mengakui berasa seronok dan gembira sepanjang bekerjasama dengan produksi penerbit itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.