Amelia Henderson diarah bayar kepada A Aida lebih RM200,000

Sponsored

Video penerbit Datuk A.Aida dilihat tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan mengenakan baju putih menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan.

Walau bagaimanapun, menerusi sumber pula berkata Datuk A.Aida berharap kemenangan serta keputusan kes saman pelanggaran kontrak terhadap pelakon, Amelia Henderson berpihak kepada dirinya.

Sponsored

Amelia Henderson tiba di Mahkamah

Menerusi sumber terbaharu bagaimanapun berkata bahawa pelakon, Amelia Henderson diarah membayar lebih RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Sivil pada hari ini disebabkan melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.

Sponsored

Pelakon terbabit juga diputuskan oleh Hakim Zulqarnain Hassan supaya memohon maaf dan memadam video yang mengandungi kenyataan fitnah kepada syarikat tersebut.

Ketika pembicaraan berlangsung pula pengurus produksi A.Aida, Fazeyla Ahmad dilaporkan memberitahu kepada Mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian kesan daripada pelanggaran penjanjian oleh pelakon tersebut.

Sponsored

Namun begitu, menerusi sumber lagi Amelia Henderson tetap dengan pendiriannya menafikan melanggar kontrak. Sebelum ini, Amelia Henderson dan Idris Khan berdepan tindakan saman oleh penerbit terkenal itu selepas didakwa melanggar kontrak.

Tetapi Amelia Henderson memilih untuk dibicarakan manakala pelakon Idris Khan dan A. Aida berakhir dengan baik selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan di luar Mahkamah.