Terlalu Gugup Bercakap Depan Orang Ramai, Mawar Rashid Diserang ‘Panic Attack’ Atas Pentas

Sponsored

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengejutkan ramai apabila dia tiba-tiba diserang ‘panic attack’ semasa berucap di majlis pelancaran produk terbarunya. Menerusi video yang dimuat naik ini, Mawar dan suaminya iaitu Raf Yaakob berada di atas pentas untuk memberikan ucapan.

Semasa tiba giliran Mawar untuk memberitahu tentang produk jenamanya Mawarose, pelakon itu kelihatan gementar dan tidak dapat meneruskan ucapannya. Dia kemudian meminta wakil syarikat untuk naik ke pentas bagi menggantikan tempatnya untuk memberi penerangan.

Sponsored

Dalam masa yang sama, Raf Yaakob turut dilihat menenangkan isterinya di atas pentas sebelum Mawar membawa diri untuk ke belakang pentas untuk bertenang. Video detik-detik pelakon itu diserang ‘panic attack’ turut tular dikongsikan di platform Tik Tok.

@f8buzz

Detik-detik awal @mawarashid diserang panic attack ketika berucap di atas pentas di majlis pelancaran produk terbaru Mawarose tadi. Semoga Mawar baik-baik saja. In Sha Allah Mawar kuat orangnya. #mawarrashid #mawarose #rafyaakob #panicattack

♬ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Kebanyakan netizen turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Mawar dan mendoakan pelakon itu diberikan kekuatan untuk menghadapinya. Netizen turut memuji reaksi tenang yang diberikan Raf Yaakob dalam mengawal situasi itu di hadapan orang ramai yang hadir.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, warganet turut berkongsikan pengalaman mereka semasa diserang ‘panic attack’ seperti yang dilalui Mawar. Ujar mereka, ia selalunya akan berlaku secara tiba-tiba dan mengambil masa untuk menenangkan diri.

“Yang pernah alami je tahu, semoga Mawar kuat untuk lawan.”

Sponsored

“Kami kat kitchen semalam pun dengar jelas mawar bercakap dengan keadaan nervous bergetar suara dia.”

“Sis fokus husband dia nampak caring sangat mata duk tengok ulang-ulang wife dia.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok