“Saya Harap Henti Cakap Bukan2” – Zulin Aziz Jelaskan Isu Rumahtangga Tular

Sponsored

Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan satu berita yang mana Zulin Aziz beri bayangan bercerai dengan suaminya. Pelakon dan pengacara ini telah memuat naik satu foto dengan kapsyen yang telah membuatkan ramai tertanya-tanya apakah yang berlaku sebenarnya.

Manakan tidak, Zulin Aziz dan suaminya baru sahaja mendirikan rumah tangga dan pasangan ini terlihat cukup bahagia serta sering tampil bersama dalam video live.

Sponsored

Disebabkan muat naiknya di Instagram semalam, ada juga tuduhan dari netizen yang bertanyakan adakah ini sebagai gimik pelancaran lagu baru. Mengetahui mengenainya, Zulin Aziz sangkal sekeras-kerasnya dan memberitahu perkara sebegini bukan boleh buat main-main.

Terbaharu menerusi video live di TikTok, Zulin Aziz jelaskan isu rumahtangga tular sejak semalam. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi sosial tersebut:

Sponsored

Dalam sesi live Zulin Aziz jelaskan isu rumah tangga ini, pelakon tersebut meminta orang ramai untuk henti dari bercakap yang bukan-bukan.

“Ya lah itulah keadaan,kita public figure kan jadi kita explain awal-awal. Doakan yang baik-baik buat kami. Memang semua orang terkejut sebab kita memang tak de masalah. Ujian dalam rumahtangga ni berbeza-beza.

Sponsored

“Kita deal dengan orang yang berbeza dan tak boleh samakan apa yang saya alami dengan orang lain alami. Saya minta doakan yang baik-baik buat kami. Apa yang boleh saya kata, biarlah kami je tahu apa yang terjadi.

“Saya langsung tak pernah buat content, prank, memang itulah yang terjadi. Zulin bukan orang seperti itu.

“Mahkamah Syariah hari-hari orang bercerai. bukan artis pun ada je yang bercerai. Mulut ya Allah..Baru setahun berkahwin..Kita berbeza-beza. Tak de siapa nak kahwin nak bercerai. Mana tahu jodoh ada. kita minta baik-baik, doa banyak-banyak.

“Nak raya ni tak tau nak hadap macam mana. Saya percaya Farhan orang yang sangat baik. Bila saya cakap tak de persefahaman tu.. Saya share ni ada ramai yang doakan saya. Di akhir-akhir ramadan ni mana tahu ada yang diangkat doanya.

“Dalam hidup kami, tiada orang ketiga hanya kami sahaja. Saya buat live ni untuk tidak mahu ada fitnah di kemudian hari,” kata Zulin Aziz jelaskan isu rumahtangga yang tular sejak semalam.

SumberTikTok