Seperti yang semua tahu, baru-baru ini dunia hiburan dikejutkan dengan konflik rumah tangga penyanyi veteran Datuk ND Lala bersama isterinya Datin Fauziah Sarman. Difahamkan, kemunculan orang ketiga dikatakan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan ini.
Terbaru, Datin Fauziah menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah video di akaun Instagram di mana dia telah menerima kejutan hari jadi dari anak-anaknya. Di dalam video tersebut, Syada Amzah hadir membawa kek hari jadi untuk memberikan kejutan kepada ibunya.
Apa yang membuatkan ramai berasa emosi melihatnya ialah Datin Fauziah kemudian kelihatan sebak semasa memotong kek. Malah dia kemudian ditenangkan oleh Syada yang memeluk ibunya yang mengalirkan air mata selepas menerima kejutan hari jadi tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan ucapan selamat hari jadi dan mendoakan ibu kepada Shila Amzah ini terus kuat menghadapi ujian dalam hidupnya. Dalam masa yang sama, netizen turut sama berasa sebak melihat reaksi spontan Datin Fauziah semasa memotong kek hari jadinya.
Ujar netizen, jelas terpampang reaksi sedih pada wajah wanita itu yang kini sedang diuji dengan konflik rumah tangganya. Malah netizen juga turut sama memahami perasaan Datin Fauziah yang seolah-olah sudah lama menyimpan perasaan sedih dalam hati.
“Saat mamazie potong kek tu, nampak 1001 kesedihan yang dia pendam. Mungkin jugak teringat kenangan-kenangan lama tapi end up tak dihargai.”
“Happy birthday puan yang gojes. Moga tabah menghadapi masa-masa yang akan datang.”
Terdahulu, Datin Fauziah menjadi perhatian apabila dia memuat naik gambar seorang wanita di Instagram dengan kapsyen yang mengundang persoalan. Di dalam kapsyen itu, dia memperkenalkan wanita tersebut sebagai isteri kepada ND Lala sekaligus mengesahkan dakwaan orang ketiga yang berlegar sebelum ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.