“Takdirkanlah Yang Terbaik Buat Puteri Sarah, Ampunkan Dosa Mereka Yang Runtuhkan Masjidnya” – Patimah Ismail

Sponsored

Pengarah filem, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana selamat tiba di mahkamah untuk proses lafaz cerai hari ini. Susulan kemelut rumah tangga pasangan ini yang semakin berakhir, Datin Patimah iaitu ibu mertua kepada Puteri Sarah memuat naik satu perkongsian di Instagram.

Di dalam hantaran itu, Datin Patimah mendoakan yang terbaik untuk menantu kesayangannya ini dan berharap Puteri Sarah akan ditakdirkan dengan perkara yang baik-baik untuknya selepas beberapa tahun menghadapi kemelut rumah tangganya itu.

Sponsored

“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana. Engkau Maha mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang runtuhkan masjidnya.”

Dalam masa yang sama, Datin Patimah turut mendoakan mereka yang meruntuhkan rumah tangga anak dan menantunya ini diampunkan dosanya. Selain itu, isteri kepada Datuk Yusof Haslam ini turut memuat naik perkongsian mengenai cucunya iaitu Sumayyah yang merupakan anak kepada Puteri Sarah dan Syamsul.

Sponsored

“Sumayyah masih tidak memahami kenapa Ayah tidak tinggal bersama Mamanya. Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah.”

Menurutnya, Sumayyah masih lagi tidak memahami situasi yang berlaku kepada kedua ibu bapanya dan tertanya-tanya mengapa mereka tidak lagi tinggal bersama. Manakala Syaikhul yang merupakan anak sulung pasangan itu sudah terbiasa tinggal bersama Puteri Sarah tanpa kehadiran bapa mereka, Syamsul.

Sponsored

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya berjaya mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik di mana keputusannya bakal diketahui hari ini. Pasangan ini telah hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi bagi sebutan lafaz cerai yang telah dijadualkan sebelum ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram