Kutipan Filem Mat Kilau Hampir Cecah RM100 Juta, Adi Putra Akui Tak Ada Dapat Bonus, “Saya Perlu Jujur…”

Sponsored

Walaupun filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya mencetuskan fenomena di Malaysia, siapa sangka teraju utamanya iaitu Adi Putra tidak ada menerima sebarang bayaran bonus. Terdahulu, filem pecah panggung itu menerima kutipan hampir mencecah RM100 juta sekaligus mencatat satu rekod baru dalam industri perfileman negara.

Adi Putra yang memegang watak utama di dalam filem arahan Syamsul Yusof itu mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah temu bual baru-baru ini. Walaupun tidak menerima sebarang bonus, pelakon itu tetap meluahkan rasa syukur dengan sambutan hangat yang diterima untuk filem tersebut.

Sponsored

“Saya kena jujur, tidak ada. Tapi, saya tetap bersyukur.”

Berbeza pula dengan penghargaan yang diberikan oleh penerbit filem lain yang dibintanginya iaitu Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM30 juta. Difahamkan, Adi Putra bersama pelakon-pelakon lain serta barisan kru diberikan bonus sebagai tanda penghargaan susulan kejayaan filem itu di pawagam.

Sponsored

“Berapa jumlah bonus, itu rahsia. Apa boleh dikata, syukur Alhamdulillah. Apa yang penting, penerbit menghargai barisan pelakon dan tenaga kerja. Pasukan filem ini saling hormat menghormati dan menghargai.”

Terdahulu, nama Adi Putra digugurkan dari filem prekuel Mat Kilau yang akan diterbitkan oleh penerbit filem berkenaan iaitu Kembara Studio. Pelakon itu memberitahu dia akur dan terima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka serta menganggap pihak penerbit lebih berkuasa untuk menentukan barisan pelakon yang dimahukan.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.