Netizen Tumpang Gembira Anak Shuib Manja Dengan Watie, “Dia Ni Baik, Kalau Tak Mesti Anak-Anak Tak Suka…”

Sponsored

Hubungan pelawak Shuib dan wanita dikenali sebagai Watie pernah mengejutkan ramai sehinggakan ada yang seakan tidak ‘merestui’ hubungan tersebut. Tambahan pula, ada yang memberikan kecaman terhadap penampilan Watie yang sering memakai pakaian ketat menampakkan tubuh badannya.

Namun Shuib memberitahu hubungannya bersama Watie menerima restu dari ibunya dan anak-anak yang berasa senang dengan wanita itu. Malah dia juga bersedia untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius dan difahamkan akan menikahi Watie pada bulan Jun nanti.

Sponsored

Baru-baru ini juga, Shuib buat pertama kalinya memuat naik gambarnya bersama Watie dan ahli keluarganya semasa di sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, tular di platform Tik Tok gambar memaparkan gelagat mesra Watie bersama anak perempuan pelawak itu.

Di dalam gambar tersebut, anak perempuan Shuib iaitu Talita Zahra dilihat mesra meletakkan kepalanya di bahu Watie semasa mereka pergi beraya baru-baru ini. Perkongsian tersebut kemudiannya tular di mana rata-rata netizen tumpang bahagia melihat kemesraan di antara anak-anak Shuib dengan wanita berkenaan.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen mula menerima Watie yang bakal mengisi kekosongan di dalam kehidupan Shuib dan anak-anaknya. Malah ada yang mengatakan gelagat mesra yang ditunjukkan oleh anak-anak Shuib jelas menunjukkan mereka selesa bersama dengan Watie.

“Kalau dia tak baik tak bagus anak-anak pun tak nak dekat, semoga dipermudahkan urusan keluarga mereka.”

Sponsored

“Watie ni baik rasanya, kalau tak anak-anak Shuib mesti tak suka. Ni tengok anak-anak Shuib rapat je dengan Watie. Semoga menjadi ibu tiri yang baik.”

“Anak-anak rindu belaian seorang ibu tu.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok