Sebutan Kes Tak Lama Lagi, Ibu Syamsul Yusof ‘Belum Siap Kehilangan’ Puteri Sarah Dan Anak-Anak

Sponsored

Nama pelakon Puteri Sarah sentiasa menjadi perhatian ramai semenjak dia mendedahkan mengenai kemelut rumah tangganya bersama Syamsul Yusof. Malah pelakon wanita itu juga kini dilihat tenang menantikan keputusan selepas memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya.

Tarikh 7 Mac bakal menjadi hari yang cukup penting buat Puteri Sarah di mana ia merupakan sebutan kes permohonan cerai yang dibuat pelakon ini. Tambahan pula, tarikh ini merupakan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan dia dan Syamsul Yusof untuk tahun ke-9.

Sponsored

Susulan tarikh sebutan kes yang semakin hampir ini, ibu kepada pengarah filem itu telah memuat naik gambar menantu kesayangannya ini dan dua cucunya di Instagram Story. Di dalam hantaran itu, Datin Patimah seolah-olah memberikan bayangan belum bersedia untuk kehilangan mereka.

Jangan jadikan takdir sebagai alasan

Bukan itu sahaja, Datin Patimah juga turut memuat naik satu lagi perkongsian menyebelahi menantunya itu yang menjadi mangsa apabila rumah tangganya dirampas oleh orang ketiga. Malah dia turut menitipkan pesanan ‘pedas’ kepada para suami untuk tidak menjadikan isteri mereka sebagai musuh.

Sponsored

“Jangan jadikan isteri musuh! Dan musuh pula dijadikan isteri? Penyondol terbukti bersalah merampas suami orang, jangan jadikan takdir sebagai alasan.”

Tambahnya lagi, dia tetap menganggap ‘penyondol’ atau orang ketiga yang merampas suami orang lain bersalah dalam hal ini dan tak sepatutnya menjadikan takdir sebagai alasan. Terdahulu juga, Datin Patimah tidak jemu menunjukkan sokongannya terhadap Puteri Sarah dan tidak menyokong tindakan anaknya mengahwini Ira Kazar.

Sponsored

Seperti diketahui ramai, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan semenjak empat tahun yang lalu. Pelakon wanita itu telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya susulan pengakuan pengarah filem itu yang telah mengahwini Ira Kazar di sempadan Thailand.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram