Pelakon Hafidz Roshdi baru-baru ini terpalit dengan dakwaan menumbuk bekas isterinya, Shuhada di dalam satu pertengkaran. Namun pelakon itu memilih untuk tidak memberikan sebarang respon malah sempat memuat naik video bertemu dengan kedua-dua anaknya.
Di dalam video yang dikongsikan itu, Hafidz dilihat bertemu dengan mereka dan meluangkan masa serta melayani mereka dengan penuh kasih sayang. Malah dia juga turut memuat naik kapsyen yang seakan-akan tidak mengambil kisah dengan kata-kata orang ramai mengenainya dan mahu menjalankan tugas yang baik sebagai seorang bapa.
Komen Datin Patimah
Perkongsian video yang dimuat naik itu turut menerima reaksi dari ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah. Ibu kepada pengarah filem Syamsul Yusof ini meninggalkan komen di video yang dimuat naik semula oleh sebuah portal di Instagram.
Di dalam komen, itu, Datin Patimah meluahkan rasa kecewa dan berang dengan tindakan suami yang tidak bertanggungjawab terhadap isterinya. Macam yang semua tahu, Datin Patimah antara individu yang lantang bersuara dan menunjukkan sokongannya terhadap Puteri Sarah susulan kemelut rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.
“Ramai rupanya lelaki dayus.”
Terdahulu, Shuhada yang merupakan bekas isteri Hafidz Roshdi menunjukkan keadaan mukanya yang mengalami kecederaan. Tidak lama kemudian, ahli keluarga wanita itu mengesahkan Hafidz Roshdi telah menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlakunya pertengkaran di antara mereka.
Sekadar info, kemelut rumah tangga di antara Hafidz Roshdi dan Shuhada mula hangat diperkatakan apabila muncul dakwaan mengenai orang ketiga dalam rumah tangga mereka. Selepas lama mendiamkan diri, Shuhada akhirnya membuat pendedahan mengiyakan dakwaan yang berlegar di media sosial pada ketika itu.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.