“Udah udahla play victim”- Pendedahan Jep, netizen tinggal komen di Instagram Shuib

Sponsored

Selepas beberapa kali menjadi tanda-tanya, ternyata selepas berita mengenai Shuib Sepahtu membuatkan Jep Sepahtu tampil untuk membuat pendedahan panjang tentang kumpulan Sepahtu lebih-lebih Shuib yang kini dilihat sudah tidak terlibat dengan rancangan Sepahtu Reunion Live.

Pendedahan Jep yang dikongsikan menerusi Instagram ini membuatkan sedikit sebanyak peminat dapat mengetahui apa yang terjadi kepada kumpulan lawak terkenal ini apabila Shuib juga kini terlibat dalam program baharu berjudul Ubi Superstar.

Sponsored

Menurut Jep, ada babak yang tidak sepatutnya dilakukannya dan menyebabkan Sepahtu Reunion Live (SRL) mendapat kecaman dan pihak Astro mengeluarkan arahan untuk dia meminta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan penggantungan. Namun begitu, selepas meminta maaf Shuib dikatakan masih tidak berpuas hati dan membuat kenyataan tergantung.

Nampaknya selepas pendedahan Jep itu, di salah satu posting Shuib Sepahtu bagaimanapun netizen hadir dengan meninggalkan pelbagai komen dan mempersoalkan tindakan pelawak tersebut dan sekali lagi ramai meminta dia tidak lagi menggunakan nama Sepahtu.

Sponsored

“Udah udahla Ib. Cara kau handle isu SRL tak kemas. Ujung-ujung Jep and team dipersalahkan peminat kononnya diorang yang buang kau.”

“Buang je la nama Sepahtu tu, rupa-rupanya ini lah dia. Diam-diam ubi takde isi”

Sponsored

“Lu tuko la pakai nama betul, tak yah pakai nama Sepahtu lagi”

“Sorry unfollow sebab aku dah tahu apa sebab”