Sering ‘Menempel’ Dengan Artis Popular, Netizen Bandingkan Shuhada Dengan Balu Abam Bocey

Sponsored

Semenjak isu kemelut rumah tangganya hangat diperkatakan, Shuhada dilihat semakin menjadi perhatian dan menerima tawaran sebagai duta produk. Bukan itu sahaja, wanita itu juga turut tampil dengan perniagaannya sendiri yang dikenali sebagai Shelup Shelup Satu Tak Cukup.

Namun bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini telah menerima kecaman dari netizen dengan harga mahal yang ditetapkan untuk produk biskut tersebut. Malah ramai yang meluahkan rasa terkejut dengan harga itu yang tidak mampu dibeli untuk golongan B40 yang rata-ratanya adalah penyokong wanita tersebut.

Sponsored

Netizen turut berpendapat Shuhada sepatutnya tidak perlu tamak dalam situasi ini selepas dirinya meraih sokongan ramai susulan masalah rumah tangganya itu. Tambah netizen lagi, pengikut Shuhada juga tidak perlu ‘menghalalkan’ sahaja harga biskut yang mahal itu hanya kerana ingin menyokong wanita tersebut.

Dibandingkan dengan Hidayah

Dalam masa yang sama, netizen turut membandingkan Shuhada dengan Hidayah yang merupakan balu kepada arwah Abam Bocey. Menurutnya, Hidayah tidak pernah dilihat ‘menempel’ dengan artis popular sebaliknya berusaha sendiri dalam diam sehingga kini dia berjaya memiliki pendapatannya sendiri.

Sponsored

“Perjalanan hidup Shuhada Hafidz sama dengan Hidayah Abam – ditinggalkan dengan anak yang perlu dibesarkan. Tapi Hidayah sangat diam-diam ubi.”

“Tak pernahlah kita nampak Hidayah menempel pergi majlis-majlis selebriti. Kalau nama dia jadi trending pun sebab keluar cerita tak baik dari mulut Ali Puteh. Tahu-tahu dah mampu beli Vellfire.”

Sponsored

Di dalam perkongsian itu juga, netizen turut menasihatkan Shuhada supaya dia dapat mendekatkan dirinya bersama keluarga serta rakan-rakan yang memberikan sokongan kepadanya dan bukannya bersama ‘founder’ produk yang hanya menggunakan kisahnya hidupnya untuk menarik perhatian ramai.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter