Shuhada Kongsi Anak Menangis Tanya Mengenai Isu Curang Bapa, “Kenapa Abah Choose Bad Girl…”

Sponsored

Kemelut rumah tangga Hafidz Roshdi dan Shuhada sudah diketahui ramai apabila pelakon lelaki itu didakwa curang dengan orang ketiga. Tidak cukup dengan itu, netizen turut dikejutkan dengan tindakan Hafidz yang menumbuk muka bekas isterinya itu akibat hilang sabar dalam satu pertelingkahan.

Baru-baru ini pula, Shuhada memuat naik satu perkongsian mengenai perbualan di antara dia dan anak perempuannya, Humairah yang kini berusia enam tahun. Difahamkan, kanak-kanak itu sudah mengetahui tentang isu curang bapanya dan bertanyakan mengenai hal tersebut kepada Shuhada.

Sponsored

Di dalam perbualan tersebut, Humairah meluahkan rasa hairan apabila bapanya lebih memilih untuk bersama wanita lain berbanding ibunya itu. Malah Humairah juga turut tertanya-tanya sama ada dia pernah melakukan apa-apa kesalahan yang membuatkan bapanya memilih untuk curang.

“Ibu, kenapa abah tak choose sister, Umar and ibu? Kenapa abah choose bad girl?”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Humairah turut mempersoalkan mengapa Hafidz memilih orang ketiga yang digelar sebagai perempuan jahat oleh kanak-kanak itu. Shuhada kemudiannya menjelaskan dia akan tetap bersama dengan anak-anaknya tidak kira apa yang terjadi di dalam keluarga mereka.

Kemelut rumah tangga pasangan ini mula dihidu apabila muncul khabar angin mengenai seorang pelakon lelaki yang didakwa curang dengan orang ketiga. Namun Hafidz Roshdi menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan hubungan dia bersama isteri dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Sponsored

Walau bagaimanapun, perkara tersebut akhirnya dibongkarkan sendiri oleh Shuhada yang mengesahkan ada orang ketiga dalam hubungan mereka. Wanita dikenali sebagai Athira Yuhada kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shuhada dan anak-anaknya susulan isu curang itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram